Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Terajui Transformasi Rohani Anak Muda Terengganu

By 13 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Amiruddin Adli/Ahmad Syafri (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Institusi masjid terus diperkasakan sebagai pusat pembangunan belia apabila Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026M/1447H dilaksanakan bagi mendekatkan golongan muda dengan aktiviti kerohanian sepanjang bulan Ramadan.

Antara belia yang hadir memeriahkan majlis.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) itu dilihat sebagai inisiatif strategik dalam menjadikan masjid bukan sekadar tempat ibadat, malah sebagai hab komuniti yang dinamik dan inklusif, khususnya dalam menarik penyertaan belia melalui pengisian yang lebih segar dan relevan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program Rakan Muda Ramadan yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak tahun 1995 kini diberi nafas baharu dengan peluasan pelaksanaannya ke peringkat daerah melibatkan lima buah masjid terpilih di seluruh negeri.

Sepanjang pelaksanaan program tersebut, aktiviti utama yang dijalankan ialah tadarus al-Quran yang berlangsung selama lima hari di setiap daerah dengan penyertaan seramai 700 orang belia dari seluruh Terengganu.

Kemuncak program yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu semalam turut diserikan dengan penganjuran Pertandingan Hafazan Al-Quran yang berjaya menarik penyertaan seramai 52 orang peserta melibatkan kategori lelaki dan wanita.

Sesi bergambar bersama orang ramai.

Pertandingan tersebut dianjurkan hasil kerjasama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Kuala Terengganu, Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu serta JBSNT.

Menurut Pengarah JBSNT Asmadi Mohamad, program seumpama ini menjadi platform penting dalam usaha memperkasakan institusi masjid sebagai pusat pembangunan belia yang bukan sahaja memfokuskan kepada aktiviti kerohanian, malah membentuk jati diri serta nilai kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

“Pendekatan yang menggabungkan elemen ibadah, pengukuhan ukhuwah serta penglibatan aktif belia mampu menarik minat golongan muda untuk lebih dekat dengan masjid dan seterusnya menjadikan Ramadan sebagai medan memperkukuh sahsiah diri,” jelasnya.

-RI

Tinggalkan komen anda