Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Randau Pembangunan Tegas Peranan KMKK Akar Umbi

By 1 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ting Ah Tai (Long Lama)/Daniel Juman (UKAS)

LONG LAMA, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Program Randau Pembangunan Siri 3 sempena Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Pejabat Daerah Telang Usan berlangsung di Dewan SJK(C) Kee Tee, di sini, petang kelmarin.

Majlis menyaksikan pelantikan semula empat Ketua Masyarakat dan 39 Ketua Kaum bagi kawasan Telang Usan serta 13 Ketua Kaum bagi kawasan Mulu selain seorang Ketua Kaum baharu bagi kedua-dua kawasan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala, KMKK merupakan tulang belakang pentadbiran di peringkat akar umbi yang berperanan memastikan keharmonian komuniti serta kelancaran pelaksanaan pembangunan.

“KMKK adalah tulang belakang pentadbiran di peringkat akar umbi. Peranan mereka amat penting dalam memastikan keharmonian komuniti serta kelancaran pelaksanaan pembangunan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sementara itu, Temenggong Joseph Ngau Lian yang dilantik semula menyatakan komitmen untuk terus menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan.

“Pelantikan ini adalah amanah besar dan kami akan terus menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan serta memastikan suara masyarakat sampai ke peringkat pentadbiran,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda