Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Ribut Jejaskan 16 Premis di Bandar Baru Tangkak

By 2 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran/Arifudin Wagiman (Tangkak)

TANGKAK, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Sekurang-kurangnya lapan rumah dan lapan gerai mengalami kerosakan selepas satu kejadian ribut melanda kawasan Bandar Baru Tangkak, kelmarin.

Masyarakat setempat bersama-sama menjalankan kerja pembersihan susulan kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut

Kejadian itu turut menjejaskan beberapa rumah kedai berhampiran namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ahli Majlis Bandar Baru Tangkak Arifudin Wagiman berkata pihaknya bersyukur kerana kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

“Berlaku musibah ribut yang agak dahsyat di Bandar Baru Tangkak pada petang 28 Feb lepas. Sebanyak lapan buah rumah dan lapan gerai serta beberapa rumah kedai terjejas. Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semoga semua mangsa terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.

“Terima kasih kepada Majlis Daerah Tangkak yang segera menghantar pasukan tindak balas (Response Team) yang dilantik, Safwa Global pada malam yang sama untuk membersihkan pokok-pokok tumbang yang menghalang laluan serta yang menghempap kenderaan,” ujarnya.

Tindakan pantas itu berjaya memastikan laluan utama kembali selamat digunakan sekali gus mengurangkan risiko bahaya kepada penduduk setempat.

Orang ramai yang terkesan dinasihatkan supaya terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan bantuan lanjut serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

-AA-

Tinggalkan komen anda