Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pekerja Pembersihan: Wira Tidak Didendang

By 2 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Para pekerja pembersihan merupakan barisan hadapan dan wira yang tidak didendang yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kawasan terjejas dapat dipulihkan dengan segera, tanpa mengira penat lelah, masa dan cabaran yang dihadapi, kata Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Khalid Mohamed.

Majlis Asprisiasi Pasca Banjir dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksikutif SWCorp.

Menurutnya, bencana banjir yang melanda Negeri Perlis pada November lalu merupakan satu ujian yang besar.

“Di sebalik ujian tersebut, jelas terserlah kekuatan semangat kerjasama, kesepaduan dan komitmen luar biasa daripada pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Apresiasi Pasca Banjir dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini kelmarin.

Penyampaian plak kepada agensi dan media yang terlibat.

Katanya lagi, operasi pasca banjir di negeri Perlis yang dilaksanakan bermula 29 Nov hingga 6 Di lalu melibatkan seramai 189 orang petugas termasuk penguat kuasa SWCorp, dengan sokongan 65 unit jentera merangkumi 53 unit mini armroll dan 12 unit pengorek kaut (backhoe) yang dipantau oleh penguat kuasa SWCorp.

“Operasi ini meliputi 116 kawasan terjejas di bawah perkhidmatan dan seliaan SWCorp, melibatkan 8,910 premis dengan jumlah kutipan sisa banjir sebanyak 1,258.03 tan yang telah direkodkan di Tapak Pelupusan Sanitari Rimba Mas,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda