Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Jempol Berlangsung Penuh Bermakna

By 26 Mac 2026Mac 27th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim

JEMPOL, 25 Mac (MalaysiaAktif) – Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 yang diadakan di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, di sini berlangsung secara sederhana namun penuh makna.

Kehadiran Ahli Parlimen Jempol

Seramai 13 pegawai menerima kenaikan pangkat, manakala 40 Pegawai Rendah Polis, 9 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta 39 orang awam menerima sijil penghargaan atas sumbangan dan kerjasama mereka kepada polis.

Penyampaian sijil penghargaan turut dibuat sebagai menghargai sumbangan ketua-ketua jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada pihak polis.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Polis Daerah Jempol Supt. Norhisham Mustapar berkata sambutan pada 25 Mac setiap tahun itu adalah bagi mengenang jasa dan pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan negara.

“Bermula dari era penjajahan sehinggalah ke era digitalisasi, terlalu banyak ranjau dan dugaan yang telah ditempuh oleh warga PDRM, dalam melaksanakan fungsi serta peranan sebagai pasukan penguat kuasa undang-undang utama negara.

Antara yang hadir semasa majlis berlangsung

“Kepada masyarakat, kami amat berterima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini. Jalinan akrab ahli masyarakat sebagai rakan strategik terpenting PDRM telah membantu pasukan dalam usaha mencegah jenayah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Komuniti Desa Serting Ilir, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, menyambut baik pengiktirafan polis kepada masyarakat.

“Saya amat terharu dan berterima kasih kepada PDRM di atas penyampaian sijil penghargaan ini. Sekurang-kurangnya kerjasama antara polis dan masyarakat dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda