Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Semarak Syawal Agro MADANI Meriah di Gemencheh

By 19 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menganjurkan Program Semarak Syawal Agro MADANI di tapak Pasar Tani Gemencheh, di sini semalam.

Orang awam membeli barang persiapan raya

Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang mengambil peluang membuat persiapan awal menjelang Syawal.

Penganjuran program tersebut bertujuan mempermudahkan urusan masyarakat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk beras tempatan, telur, daging lembu segar, ayam segar, sayur-sayuran serta pelbagai keperluan lain.

Dato’ Mohd Isam Mohd Isa dan Suhaimizan Bizar menyerahkan bantuan kepada asnaf

Seorang pengunjung, Abd Razak Sitam, 67, berkata program seumpama itu banyak membantu dalam melakukan persiapan raya yang bakal menjelang berikutan terdapat banyak barangan yang dijual dengan harga promosi yang mana lebih murah berbanding pasaraya.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar.

-AA-

Tinggalkan komen anda