Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerjasama PDRM, Sektor Swasta Penting Untuk Keselamatan Lebih Baik

By 18 Mac 2026Mac 20th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful SAS (Rompin)/IPD Rompin

ROMPIN, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sektor swasta penting dalam memastikan tahap keselamatan sentiasa pada tahap terbaik.

Ketua Polis Pahang menyempurnakan Majlis Iftar Perdana di ibu pejabat KOSMA Kota Melati, Keratong

Ketua Polis Pahang Dato’ Seri Yahaha Othman berkata kolaborasi PDRM dengan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) bukan sahaja mengeratkan hubunga strategik, malah membuka ruang perkongsian maklumat lebih efektif serta tindakan pencegahan jenayah lebih menyeluruh.

“PDRM amat mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dalam membantu memperkukuh aspek keselamatan, termasuk cadangan penubuhan Polis Bantuan di kawasan strategik seperti ladang dan premis industri,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana bersama pengurusan KOSMA di Pejabat KOSMA Melati, di sini semalam.

Program yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi PDRM negeri bersama pihak swasta itu menjadi platform penting dalam memperkasakan hubungan dua hala, khususnya dalam aspek keselamatan, perkongsian maklumat serta sokongan komuniti setempat.

Program tersebut turut membuka ruang kepada cadangan penubuhan Polis Bantuan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Ladang KOSMA, sekali gus memperkukuh persekitaran kerja yang lebih selamat.

-AA-

Tinggalkan komen anda