Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Papan Pintar Perkasa Digitalisasi Pendidikan SK Dalam Wang

By 18 Mac 2026Mac 20th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 18 Mac (MalaysiaAktif) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sumbangan papan pintar (Smart Board) kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan Dalam Wang, di sini, kelmarin.

Fadhlina bergambar kenangan bersama warga SK Dalam Wang

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM dalam memperkasa penggunaan teknologi digital di sekolah, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, penggunaan papan pintar mampu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah lebih interaktif serta selari dengan agenda reformasi pendidikan negara.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan rasmi peranti berkenaan kepada wakil PIBG sebagai simbol komitmen kerajaan dalam memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua murid tanpa mengira lokasi.

Sumbangan itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah bagi membantu guru menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan serta memperkukuh pembelajaran digital dalam bilik darjah.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Rahim Mat bersama pegawai-pegawai kanan pendidikan negeri dan daerah.

-AA-

Tinggalkan komen anda