
Laporan/foto: Muhammad Faris Suhaimi (Jasin)
JASIN, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 355 orang penerima di Parlimen Jasin terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal bertanggungan menerima sumbangan pada Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 Kerajaan Negeri Melaka, semalam.

Dr. Muhamad Akmal menyerahkan sumbangan kepada penerima.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, bantuan itu menzahirkan keprihatinan kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.
“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi keceriaan dalam memyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
“Majlis ini juga menjadi simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam menyemai semangat kasih sayang dan kerjasama,” katanya ketika berucap dalam tersebut di Dewan Serbaguna Jasin, di sini.
-RI





