Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Inisiatif Digital KPDN Bantu Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah

By 10 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/KPDN Negeri Sembilan

SEREMBAN, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan membawa kelainan pada penganjuran Bazar Ramadan Rahmah tahun ini dengan memperkenalkan pemberian pin tambah nilai dalam bentuk Touch ’n Go kepada pengunjung.

Kaunter pengambilan pin.

Inisiatif berkonsepkan digital ini diberikan kepada pengunjung di empat lokasi Bazar Ramadan Rahmah terpilih di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Nilai bagi memudahkan mereka membuat pembelian juadah berbuka puasa dengan tawaran Harga Rahmah.

Seorang pengunjung bazar yang ditemui, Albasyaari Abdul Latif, 40, menyifatkan usaha ini sebagai langkah yang sangat baik dan bertepatan dengan semangat bulan Ramadan yang menekankan amalan bersedekah serta membantu meringankan perbelanjaan orang ramai.

Pengunjung turut mengambil peluang.

Menurutnya lagi, pemberian pin tambah nilai tersebut membolehkan pengunjung terus menggunakannya untuk membeli juadah berbuka puasa tanpa perlu menyediakan wang tunai.

Selain memudahkan urusan pembelian, kaedah digital ini juga dilihat lebih praktikal dan pantas, sekali gus menyokong penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada pengunjung serta memeriahkan lagi penganjuran Bazar Ramadan Rahmah.

-RI

Tinggalkan komen anda