Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sumbangan RM10,000 Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Di Kampung Senau Mukah

By 27 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Almalhakim Norsidi (Mukah)

MUKAH, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Ahli Parlimen Mukah Hanifah Hajar Taib menyumbang RM10,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Senau, semalam.

Sumbangan disampaikan kepada Mohd Faris Abdullah yang kehilangan kediaman dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.

Bantuan meliputi wang tunai serta barangan keperluan asas termasuk makanan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Hanifah berkata sokongan daripada semua pihak amat penting dalam membantu mangsa menghadapi dugaan tersebut.

Proses penghantaran sumbangan dan barangan keperluan oleh sukarelawan serta agensi terlibat dilakukan bagi memastikan kebajikan mangsa kebakaran di Kampung Senau sentiasa terpelihara.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau turut menyeru agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta agar tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

Pegawai Kebajikan Daerah Dalat serta Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Dalat turut memantau keadaan bagi menilai keperluan bantuan susulan.

Insiden kebakaran itu menyebabkan mangsa kehilangan tempat tinggal serta harta benda sekali gus memberi kesan besar kepada kehidupan harian mereka.

-RJ-

Tinggalkan komen anda