Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sumbangsih Raya IPD Mukah Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan

By 19 Mac 2026Mac 20th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/IPD Mukah (Mukah)

MUKAH, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah mengadakan Majlis Pengagihan Sumbangsih Raya 2026 sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata program tersebut merupakan usaha berterusan bagi memastikan kebajikan warga PDRM sentiasa diberi perhatian terutamanya ketika musim perayaan.

Inspektor Romi (Unit Cawangan Khas) menerima simbolik Sumbangsih Raya 2026 daripada KPD Mukah.

“Sebanyak 35 kontena Sumbangsih Raya telah diagihkan kepada semua bahagian di IPD Mukah serta balai polis di bawah pentadbiran daerah ini termasuk Mukah, Selangau dan Balingian,” katanya ketika ditemui di Bilik Mesyuarat IPD Mukah, di sini hari ini.

Menurut Muhamad Rizal, sumbangan daripada Kerajaan Sarawak itu mengandungi makanan dan minuman sedia dimakan sebagai sokongan kepada anggota yang bertugas menjaga keselamatan.

“Diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta menjadi pembakar semangat untuk anggota terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Pegawai Awam Polis, Dorina Udin yang baru kehilangan bapa tercinta sebagai tanda keprihatinan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda