
Laporan/foto: Yusoffirman (Temerloh)/MPT
TEMERLOH, 25 Mac (MalaysiaAktif) – Temerloh menjadi tumpuan dunia apabila seramai 238 peserta dari 12 buah negara termasuk Malaysia, Australia, Poland, Taiwan, Bangladesh, Vietnam, Indonesia dan China menyertai Festival Catur Antarabangsa Pahang 2026.

YDP MPT menerima penghargaan atas kerjasama MPT menjayakan Festival Catur Antarabangsa Pahang 2026
Kejohanan yang dijadualkan berlangsung bermula 24 Mac sehingga 29 Mac ini disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Rizal Mustafa di Dewan Tun Razak, MPT di sini semalam.
Dalam ucapan perasmiannya, Rizal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas kepercayaan memilih Temerloh sebagai tuan rumah kejohanan ini dan mengalu-alukan kehadiran para peserta dari dalam dan luar negara.

Antara peserta cilik yang mendapat perhatian dalam kategori 10 tahun ke bawah
“Penganjuran festival ini pastinya akan menjadi titik pemula kepada daerah Temerloh untuk lebih dikenali di mata dunia seterusnya mengangkat Bandar Sejahtera ini sebagai salah satu bandar yang wajib dilawati pelancong,” katanya.
Hadir sama Presiden Persatuan Catur Negeri Pahang (PCNP), Hamidah Abdul Hamid.
-AA-





