Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

JIM Tahan 40 Pendatang Tanpa Izin

By 10 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 10 April (MalaysiaAktif) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 40 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan Op Sapu di Kampung Baru Muafakat, di sini semalam.

Pengarahnya Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi itu digerakkan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri Johor hasil maklumat awam dan risikan.

Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dewasa warganegara Pakistan, tiga lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Myanmar, dua wanita dewasa warganegara Indonesia, dua wanita dewasa warganegara Myanmar serta seorang kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan, berusia antara dua hingga 59 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, semua individu yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

-AA-

Tinggalkan komen anda