Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pemandu Wanita Maut Terbabas di Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu

By 10 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/IPD Mukah (Mukah)

MUKAH, 10 April (MalaysiaAktif) – Seorang wanita tempatan maut selepas terlibat kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 65, Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu berhampiran Jalan Sungai Kua, Selangau kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata mangsa, 34 tahun memandu kenderaan jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Sibu.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan semasa melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan dan cedera parah di bahagian kepala, badan serta kaki kanan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp. Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau hadir ke balai polis berhampiran.

-FN

Tinggalkan komen anda