Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif Cungkil Bakat Anak Muda

By 4 April 2026April 5th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

KULAI, 4 April (MalaysiaAktif) – Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjaya menghimpunkan seramai 30 peserta belia berusia bawah 30 tahun bagi memperkasa kemahiran dalam industri kreatif.

Bengkel ini membuka peluang kerjasama dengan platform digital seperti TikTok bagi mengetengahkan karya belia kepada khalayak lebih luas.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata peserta didedahkan dengan pelbagai modul pembelajaran merangkumi penceritaan, pembangunan skrip, lakonan, teknik sudut kamera serta suntingan kreatif.

Beliau berkata bengkel berkenaan bukan sekadar platform latihan, malah menjadi ruang untuk mencungkil bakat, membina keyakinan serta membuka peluang kepada belia tempatan untuk melangkah lebih jauh dalam industri kreatif.

“Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Program Belia Kreatif Komuniti MADANI yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025 dengan peruntukan RM12 juta bagi memperkukuh pembangunan modal insan kreatif di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut, di sini hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan peruntukan itu, FINAS telah menyalurkan RM3 juta bagi pelaksanaan program sejak November 2025.

Program ini akan diteruskan sehingga Disember 2027 dengan sasaran pelaksanaan di 240 lokasi di seluruh negara.

Katanya, program berkenaan akan diteruskan sehingga Disember 2027 dengan sasaran pelaksanaan di 240 lokasi di seluruh negara sebagai usaha berterusan melahirkan lebih ramai bakat kreatif tempatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bengkel tersebut turut membuka ruang kerjasama dengan platform digital seperti TikTok bagi memberi peluang kepada belia mengetengahkan karya mereka kepada khalayak lebih luas.

“Saya yakin peserta mampu memanfaatkan peluang ini untuk menjana pendapatan secara kreatif, sekali gus mengangkat minat dan bakat menjadi sesuatu yang bernilai,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda