Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KPDN Tahan Lelaki Thailand Cuba Seludup Diesel

By 4 April 2026April 5th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/KPDN Perlis

KANGAR, 4 Apr (MalaysiaAktif) – Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai cuba menyeludup minyak diesel ditahan dalam Op Tiris 4.0 di Jalan Kangar–Padang Besar, di sini semalam.

Pihak PDRM telah menahan sebuah Motokar jenama Isuzu DMax bernombor pendaftaran Thailand di tepi jalan Kangar-Padang Besar, Perlis.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis Rohaida Hassan berkata suspek berusia lingkungan 40-an ditahan susulan pemeriksaan ke atas sebuah kereta bernombor pendaftaran Thailand dipandunya.

“Pemeriksaan menemukan tangki yang telah diubah suai dan mengandungi kira-kira 180 liter minyak diesel. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,206, manakala nilai keseluruhan termasuk kenderaan yang disita dianggarkan RM6,206,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes katanya disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau menegaskan pihaknya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan.

-RI

Tinggalkan komen anda