Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Cabaran Alam Semula Jadi Bung Jagoi Bentuk Jati Diri Pelajar KKMG

By 16 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly (Bau)/KKMG

BAU, 16 April (MalaysiaAktif) – Cabaran alam semula jadi di Bung Jagoi menjadi medan pembentukan jati diri pelajar melalui Program Aktiviti Lasak anjuran Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG).

Program tersebut dirangka sebagai platform pendedahan awal bagi membentuk keyakinan diri, disiplin serta semangat tidak mudah berputus asa dalam kalangan peserta.

Pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti mencabar yang menuntut kerjasama berpasukan serta ketahanan diri sepanjang program berlangsung.

Pengarah program Hayati Ibrahim berkata penganjuran aktiviti sedemikian memberi nilai tambah kepada pembangunan pelajar secara menyeluruh.

“Program ini menjadi platform penting memupuk semangat kerjasama dan sikap saling membantu dalam kalangan pelajar,” katanya ketika ditemui hari ini.

Hayati menjelaskan aktiviti ini turut berperanan meningkatkan kemahiran komunikasi apabila peserta perlu berinteraksi di luar zon selesa masing-masing.

-RJ-

Tinggalkan komen anda