Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Graduan Sains Pertanian Pilih Usaha Tanaman Melon Fertigasi

By 30 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Halim/Firdauf Alias (Temerloh)

TEMERLOH, 30 April (MalaysiaAktif) – Pemegang diploma dalam bidang Sains Pertanian dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman melon secara fertigasi di Kampung Pangsanam, Termerloh, di sini sejak September tahun lepas.

Arif Hafidzi Azmi, 23, berkata kaedah fertigasi membolehkan tanaman melon dihasilkan dengan lebih sistematik, bersih dan memberikan hasil yang tinggi dalam masa yang singkat.

“Melalui sistem pembajaan dan pengairan yang efisien, buah yang dihasilkan juga banyak dan berkualiti tinggi”, katanya yang mengusahakan tanaman melon secara kecil-kecilan di halaman kediaman ibu bapanya itu kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Anak muda itu berkata beliau menerima respon yang positif dari komuniti lebih-lebih lagi ramai yang datang bertemunya dan menyuarakan rasa tertarik mereka dengan kegiatan pertaniannya itu.

“Saya harap program sebegini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda bahawa pertanian moden bukan lagi kerja lama, malah boleh menjadi kerjaya yang menguntungkan,” katanya.

Arif Hafidzi juga turut membuka peluang kepada komuniti setempat untuk merasai sendiri pengalaman menuai melon menerusi program “Tuai Sendiri Buah Melon” bermula Ahad lepas sehingga hari ini.

Lebih menarik, beliau berkata proses tuaian itu adalah yang pertama sejak memulakan projek berkenaan.

“Alhamdulillah, tuaian pertama ini berjaya memperolehi 404 biji buah melon,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda