Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Insentif Tunai Suntik Semangat Pelajar Cemerlang SPM 2025 SMK Datuk Haji Abdul Kadir

By 21 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Rezwane Md. Zabidi/Facebook Reezal Marican Naina Marican

KEPALA BATAS, 21 April (MalaysiaAktif) – Pemberian insentif kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir bukan sekadar penghargaan, sebaliknya berperanan sebagai pemangkin motivasi untuk pelajar terus mengekalkan momentum kecemerlangan.

Reezal Merican menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya di Majlis Penyampaian Insentif Tunai kepada pelajar-pelajar tersebut, menzahirkan penghargaan terhadap usaha gigih para pelajar yang disifatkan bukan sahaja mengangkat nama diri dan keluarga, malah turut mengharumkan reputasi sekolah serta komuniti setempat.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar atas usaha gigih, disiplin tinggi serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah mengharumkan nama sekolah serta komuniti setempat.

Antara ibu bapa yang hadir.

“Semoga insentif ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang. Teruskan usaha, kekalkan kecemerlangan, dan jadilah generasi yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” katanya, di sini kelmarin.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Yusof Shaari, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara Abd Rahman Mohamad, Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Khairul Anuar Hamat @ Ahmad serta barisan kepimpinan komuniti dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) sekolah.

-RI

Tinggalkan komen anda