Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Karnival Kerjaya TVET Kelantan 2026 Buka Peluang Pekerjaan, Perkukuh Daya Saing Belia

By 22 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzan Mahari (Bachok)

BACHOK, 22 April (MalaysiaAktif) – Karnival Kerjaya TVET Peringkat Negeri Kelantan 2026 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, hari ini menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan kepada pengunjung.

Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu  melibatkan penyertaan 18 majikan daripada pelbagai sektor, khusus kepada lepasan teknikal dan vokasional.

Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM Kelantan), Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, berkata inisiatif MyFutureJobs bukan sekadar platform digital, sebaliknya berperanan sebagai pemangkin transformasi pasaran buruh negara melalui padanan pekerjaan berasaskan data dan sokongan ekosistem menyeluruh.

“Lebih 500,000 peluang pekerjaan berjaya dipadankan menerusi MyFutureJobs, manakala kadar pengangguran negara kini sekitar 3.3 peratus, dengan graduan TVET mencatat kebolehpasaran antara 70 hingga 80 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian,” katanya.

Mengulas pembangunan belia, beliau menegaskan ICU JPM memberi penekanan terhadap inisiatif sosioekonomi termasuk Inisiatif Sejati MADANI yang membuka ruang penglibatan belia di peringkat akar umbi.

Sementara itu, seorang graduan TVET, Siti Hajar Mahusin, 22, menyifatkan karnival berkenaan sebagai platform berkesan untuk berhubung terus dengan majikan serta memudahkan proses pencarian kerja.

Secara keseluruhan, penganjuran karnival ini berjaya memperkukuh sinergi antara kerajaan, industri dan institusi latihan dalam memperluas peluang pekerjaan serta meningkatkan kebolehpasaran belia TVET.

-AA-

Tinggalkan komen anda