Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Karnival Pendidikan Parlimen Machang 2026 Perkasa Akses Ilmu

By 12 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zulfadli Ab Hamid (Machang)

MACHANG, 12 April (MalaysiaAktif) – Karnival Pendidikan Parlimen Machang 2026 yang berlangsung di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu berjaya menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor swasta serta penglibatan komuniti setempat dalam usaha memperluas akses ilmu kepada masyarakat.

Antara tetamu yang hadir

Program yang berlangsung meriah itu bukan sahaja menjadi medan pendedahan pendidikan, malah berperanan sebagai platform strategik untuk meningkatkan kesedaran perancangan masa depan pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Sri Ahmad Jazlan Yaakub, berkata penganjuran karnival tersebut bertujuan mendekatkan pelajar dan ibu bapa dengan maklumat pendidikan yang tepat dan terkini.

“Kami komited memastikan lepasan SPM di Parlimen Machang tidak tercicir daripada mendapatkan akses kepada peluang pendidikan dan latihan kemahiran,” katanya ketika merasmikan karnival berkenaan di sini, semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa karnival ini berfungsi sebagai pusat sehenti (One-Stop Centre) bagi memberi panduan jelas berkaitan laluan pendidikan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pilihan kerjaya masa hadapan.

Pameran dan kaunter institusi pendidikan

Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Machang (PEMANCAR) dengan kerjasama institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Kota Bharu, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, GiatMARA, Kolej FELCRA dan ADTEC JTM Kota Bharu.

Pelbagai pengisian menarik turut disediakan termasuk pameran pendidikan, bengkel kerjaya, sesi perkongsian akademik serta ceramah motivasi bagi memberi manfaat menyeluruh kepada pengunjung.

-AA-

Tinggalkan komen anda