Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Pahang Turun Padang, Hulur Bantuan Buat Yang Memerlukan

By 20 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful SAS (Rompin)/Pejabat DUN Muadzam Shah

MUADZAM SHAH, 20 April (MalaysiaAktif) – Keprihatinan kerajaan negeri Pahang terhadap nasib rakyat terus dizahirkan dengan sesi penyerahan sumbangan melalui Program Bakti Negeri Pahang kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan ini, sekali gus memberi kelegaan kepada mereka dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa.

Penerima asnaf turut menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Program Bakti Negeri Pahang

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim, berkata inisiatif tersebut merupakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.

“Program Bakti Negeri Pahang ini bukan sekadar penyerahan sumbangan, tetapi lambang keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan. Kita mahu pastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan mampu meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Razali turut menyampaikan sumbangan Program Bakti Negeri Pahang kepada seorang penerima di Muadzam Shah

Menurut beliau lagi, usaha membantu rakyat akan terus diperkasa dari semasa ke semasa agar tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan negeri.

“Saya berharap sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar harapan kepada para penerima, selain menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat,” ujarnya.

Program berkenaan turut mencerminkan nilai kasih sayang serta semangat muafakat yang terus subur dalam kalangan rakyat negeri ini, selari dengan aspirasi kerajaan untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.

-AA-

Tinggalkan komen anda