Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lelaki Tempatan Miliki Dadah Ditahan di Selangau

By 15 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah

MUKAH, 15 April (MalaysiaAktif) – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di kawasan Pekan Selangau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata suspek berusia 33 tahun ditahan di kawasan parkir kenderaan berhampiran sebuah premis perniagaan di sini kira-kira  11.50 pagi, hasil maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan polis menemui satu keratan tiub straw lut sinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu. Anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah 0.39 gram.

“Suspek yang mempunyai enam rekod lampau positif dadah jenis amphetamine serta methamphetamine,” katanya dalam kenyataan media  hari ini.

Beliau berkata suspek yang tidak bekerja direman dua hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-RJ-

Tinggalkan komen anda