
Laporan/foto: Siti Afiqah/Yusuf Ahmad (Tanjung Manis)
BELAWAI, 15 April (MalaysiaAktif) – Tembikai kuning dari kawasan Belawai dan Jerijeh terus mencuri perhatian pengunjung yang melalui jalan pesisir Sarawak sebagai tarikan unik hasil pertanian tempatan.

Abdullah Mat menunjukkan hasil tuaian tembikai beliau yang terkenal dengan kemanisan luar biasa, tekstur rangup serta kandungan air yang tinggi.
Produk yang dikenali sebagai Emas Manis ini terkenal dengan kemanisan luar biasa, tekstur rangup serta kandungan air yang tinggi.
Pengusaha tempatan, Abdullah Mat, 62, berkata cuaca panas berpanjangan ketika ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan tanaman tersebut kerana ia memerlukan cuaca stabil untuk kualiti tinggi.
“Tempoh matang buah ini hanya sekitar 75 hari sekali gus membolehkan hasil dituai dengan lebih cepat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui hari ini.
Pelanggan setia, Azman Harun, 57, menyifatkan rasa tembikai kuning dari kawasan tersebut sukar ditandingi selain ditawarkan pada harga berpatutan.
Tembikai kuning ini dijual sekitar RM3 sekilogram di gerai tepi jalan sekitar Kampung Belawai dan Kampung Jerijeh bagi membantu ekonomi pekebun kecil.
-RJ-





