Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lelitak Jadi Buruan Peminat Makanan Eksotik Sri Aman

By 3 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 3 Apr (MalaysiaAktif) – Siput tanpa cengkerang atau dikenali sebagai lelitak dalam kalangan masyarakat Iban di sini menjadi hidangan eksotik yang sangat diminati setiap kali tibanya musim menuai padi.

Haiwan yang sering ditemui di kawasan sawah padi berlumpur ini digelar sebagai ‘Abalone Sarawak’ kerana mempunyai tekstur daging yang lembut dan kenyal.

Lelitak biasanya dimasak secara goreng kicap, goreng cili atau direbus bersama sayur cangkuk manis dan keladi mengikut selera tradisi penduduk tempatan.

Harga pasaran bagi hidangan eksotik ini mencecah antara RM10 hingga RM12 sekilo manakala lelitak hidup dijual pada harga RM4 hingga RM10 semangkuk.

Proses membersihkan lelitak memerlukan kesabaran yang tinggi bagi membuang lendir sebelum ia sedia untuk dimasak.

Peniaga, Lily William, 56, berkata bekalan lelitak yang dibawanya sering habis terjual seawal jam 11 pagi kerana faktor permintaan tinggi daripada pelanggan luar daerah.

“Lelitak ini bukan senang nak cari, kena tunggu waktu yang sesuai terutama selepas hujan atau di kawasan sawah yang betul-betul lembap,” katanya ketika ditemui di Pasar Tamu Simanggang, di sini semalam.

Lily menjelaskan ramai pelanggan dari Kuching dan Sibu sanggup datang awal pagi semata-mata mahu mendapatkan bekalan tersebut untuk dibawa pulang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda