Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Malam Kemuncak Seni 2026 Perkasa Bakat, Kepimpinan Pelajar TVET

By 4 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Herlina Ainizawati Zakaria (Shah Alam)

SHAH ALAM, 4 April (MalaysiaAktif) – Malam Kemuncak Seni (MKS) 2026 anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dilihat berupaya memperkasa bakat seni serta kepimpinan pelajar dalam kalangan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ts. Dr. Ahmad Aftas, berkata MKS 2026 mampu melahirkan graduan TVET yang seimbang dari segi akademik, kemahiran teknikal serta kemahiran insaniah.

Program bertemakan ‘Generasi Muda Penyambung Warisan Bangsa’ itu menghimpunkan seramai 150 pelajar PSA dan 40 pelajar jemputan dari politeknik serta kolej komuniti sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

Penganjuran program berkenaan bertujuan menjadi medium pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti seni dan pengurusan acara.

Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman berkata penganjuran program seumpama itu mampu melahirkan graduan TVET yang seimbang dari segi akademik, kemahiran teknikal serta kemahiran insaniah.

“Program seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat seni pelajar, malah membentuk kepimpinan, kemahiran komunikasi dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan mereka,” katanya kita berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Al Jazari PSA di sini malam tadi.

Tambahnya, usaha berterusan itu selari dengan aspirasi negara dalam melahirkan graduan TVET yang holistik serta berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Program yang telah berlangsung hampir sedekad menerusi Kokurikulum Tarian Tradisional di PSA itu melabuhkan tirainya tahun ini bagi memberi laluan kepada Program Badan Beruniform.

Kumpulan Gema Mustika Politeknik Sultan Idris Shah menjuarai kategori Busana dan Koreografi Terbaik.

MKS 2026 digerakkan sepenuhnya oleh pelajar menerusi penglibatan Kelab Semarak Seni, Kelab Media PSA dan PSA Young Entrepreneur Club (PYEC), sekali gus menyerlahkan keupayaan pelajar dalam mengurus acara berskala besar secara profesional.

Pelbagai persembahan dipentaskan termasuk tarian tradisional Melayu seperti Zapin, Inang, Joget dan Asli, selain tarian pelbagai kaum serta persembahan pantomim “Hikayat Puteri Gunung Ledang” yang menonjolkan kreativiti pelajar.

-RI

Tinggalkan komen anda