Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Warisan Silat dan Keris Melayu Legasi Cikgu Nasir

By 4 April 2026April 6th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin/Noor Haswan (Kelantan)

BACHOK, 4 April (MalaysiaAktif) – Silat dan keris terus diangkat sebagai medium pembentukan jati diri bangsa Melayu oleh seorang pesara guru yang konsisten membimbing generasi muda melalui penghayatan seni warisan ini secara beretika dan berlandaskan nilai agama Islam.

Cikgu Nasir berkongsi sejarah koleksi keris yang disimpan.

Menurut Mohd Nasir Hassan, 58, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Nasir, silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, malahan berperanan mendidik disiplin, adab serta tanggungjawab di samping menjadi benteng menjaga tauhid dalam kalangan anak bangsa Melayu.

Beliau berkata melalui latihan silat, pelajar diasuh memahami kesabaran, hormat-menghormati dan kawalan diri yang penting dalam kehidupan seharian, bukan hanya ketika berlatih atau bertanding.

Mengulas mengenai keris, beliau menegaskan bahawa seni tersebut perlu dipelajari dengan ilmu dan kefahaman yang betul, termasuk sejarah, fungsi serta nilai budaya agar tidak disalah tafsir atau disalah guna.

Pelajar sedang membuat latihan silat.

“Tidak semua aliran silat mengajar keris kerana seni itu mempunyai disiplin dan adab tersendiri,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Cikgu Nasir turut berkongsi penglibatannya menulis blog berkaitan keris serta mula menjual keris secara dalam talian sejak 2006 sebagai usaha mendidik masyarakat mengenai sejarah warisan Melayu.

Beliau menekankan kepentingan mengenali sejarah nenek moyang dan perjuangan terdahulu serta menyeru masyarakat agar bersama-sama memikul tanggungjawab mendidik generasi muda supaya jati diri bangsa Melayu terus terpelihara daripada pengaruh luar.

-RI

Tinggalkan komen anda