Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pekan Lachau Jadi Hab Agropelancongan Ikonik, Lonjak Ekonomi Luar Bandar

By 16 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 16 April (MalaysiaAktif) – Pekan Lachau kini menjadi destinasi persinggahan ikonik bagi pengguna jalan raya dari Kuching menuju ke wilayah tengah dan utara Sarawak.

Hasil hutan dan kebun tempatan seperti buah dabai, durian hutan, buah empit dan petai menjadi tarikan utama pengunjung di pekan berkenaan.

Produk pertanian tempatan seperti salak madu dan petai antara hasil hutan yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna jalan raya yang singgah di Pekan Lachau, Sri Aman.

Penduduk tempatan Jessica Gilbert, 38, berkata jumlah pelanggan meningkat hampir dua kali ganda sejak laluan utama Lebuh Raya Pan Borneo siap sepenuhnya.

“Tidak sah kalau melalui Pan Borneo tanpa singgah di Lachau sama ada membeli buah-buahan atau menikmati makan tengah hari,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jessica menjelaskan limpahan ekonomi tersebut turut dirasai pengusaha kedai makan dan kraf tangan melalui peningkatan kuasa beli pengunjung luar.

Pekan Lachau turut menjadi pusat perdagangan harmoni masyarakat Iban dan Cina yang menawarkan produk kraf tangan tradisional serta hasil laut kering.

Transformasi infrastruktur di pekan berkenaan turut memacu sektor kulinari tempatan yang mengekalkan menu tradisional bagi memenuhi selera pelancong.

Pembangunan Lebuh Raya Pan Borneo terbukti memberi impak ekonomi signifikan serta manfaat langsung kepada komuniti luar bandar.

-RJ-

Tinggalkan komen anda