Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sukan Tinju Medium Bentuk Disiplin, Jati Diri Belia Saratok

By 16 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Florence Sebastian/Joseph Harry (Saratok)

SARATOK, 16 April (MalaysiaAktif) – Penglibatan belia dalam sukan tinju memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah dan kawalan emosi mereka.

Pengerusi Joseph Harry Boxing Club Saratok, Joseph Harry Ikep berkata latihan  konsisten akan melahirkan belia yang cergas serta menjadi contoh kepada rakan sebaya.

Beliau berkata di kelab tinju berkenaan, pembangunan belia dibuat melalui penekanan kepada aspek disiplin dan jati diri.

“Kelab ini berperanan membimbing golongan muda agar mempunyai gaya hidup sihat serta hala tuju positif dalam kehidupan.

“Kelab ini juga berfungsi sebagai medium alternatif bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah bagi mengurangkan gejala sosial,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini.

Seorang bekas pelatih Spencer Nyambar Minggu, 28, berkata sukan tinju bukan sekadar baik untuk kesihatan fizikal, malah membuka peluang kepada belia bertanding ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda