Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pendekatan Sinergi Lahirkan Kecemerlangan Murid

By 17 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 17 April (MalaysiaAktif) – Pendekatan sinergi penting bagi melahirkan murid cemerlang akademik, berakhlak mulia serta berdaya saing.

Ucapan perasmian oleh Ab Rahman Mohammad menekankan kepentingan sinergi pendidikan

Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, Ab Rahman Mohammad berkata cabaran pendidikan hari ini semakin kompleks dengan perubahan teknologi yang pantas serta kepelbagaian latar belakang dan keperluan murid.

“Maka sinergi ini amat penting kerana tiada pihak boleh bergerak sendirian.

“Sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membolehkan pelaksanaan pelbagai inisiatif meliputi pembangunan sahsiah murid, kebajikan serta penambahbaikan kemudahan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sinergi Pendidikan 2.0 Peringkat Daerah Tangkak 2026 yang berlangsung di TVET MARA Ledang hari ini.

Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pempamer dan rakan strategik yang telah menjayakan program

Menyentuh peranan pihak lain, beliau berkata PDRM bukan sekadar menjaga keselamatan masyarakat tetapi turut secara tidak langsung membantu mendidik generasi muda kerana apabila keselamatan terjamin dan disiplin terkawal, suasana pembelajaran di sekolah menjadi lebih kondusif.

Beliau turut menghargai sumbangan penghulu, ketua kampung serta pemimpin masyarakat yang sentiasa menyokong usaha memperkasa pendidikan di peringkat akar umbi.

-FN

Tinggalkan komen anda