Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PKNPk Perkukuh Rantaian Ekonomi Negeri Melalui Pemerkasaan Jenama Tempatan

By 29 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: SitiHajar/PKNPk

IPOH, 29 April (MalaysiaAktif) – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) terus mempergiat usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negeri melalui pengukuhan rantaian nilai domestik dan pemerkasaan ekosistem ‘Made in Perak’.

Timbalan Ketua Eksekutif (Perhubungan Korporat) PKNPk, Nurdita Fadzlinda Ahmad Rasidi berkata inisiatif strategik itu dilaksanakan melalui kerjasama dengan usahawan dan pembekal tempatan bagi mewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih tersusun serta berdaya tahan.

Beliau berkata langkah tersebut selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, khususnya melalui flagship Program Mesra Pelabur yang memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan menerusi model perniagaan fleksibel seperti mikro-francais.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh rantaian nilai tempatan, malah mewujudkan lebih banyak peluang kepada pemain industri untuk berkembang serta menyokong agenda Pemerkasaan Modal Insan melalui latihan industri dan peluang pekerjaan kepada belia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan cawangan baharu jenama kafe milik penuh anak syarikat PKNPk, Silver Lifestyle Sdn Bhd (Silver Lifestyle) iaitu Bean Here! Coffee & Pastries (Bean Here!) di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh.

Nurdita hadir mewakili Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq bagi menyempurnakan perasmian.

Sementara itu, Radzuan berkata kolaborasi tersebut membuktikan komitmen institusi pendidikan dalam menyediakan persekitaran yang menyokong interaksi sosial dan pembangunan komuniti secara inklusif untuk pelajar.

“Kehadiran jenama tempatan di kampus bukan sekadar menawarkan perkhidmatan, malah berfungsi sebagai ruang santai untuk aktiviti pembelajaran, diskusi dan program seni budaya bagi menghidupkan fungsi ruang kolej,” katanya.

Inisiatif pembangunan jenama di bawah PKNPk ini turut menerapkan amalan lestari dan pengurusan sisa secara bertanggungjawab, sekali gus mencerminkan imej Perak sebagai negeri yang progresif dan berorientasikan inovasi jangka panjang.

-FN

Tinggalkan komen anda