Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pusat Data Nusabayu: Pemaju Salur CSR RM20,000 Setiap Persatuan Penduduk

By 7 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

ISKANDAR PUTERI, 7 April (MalaysiaAktif) – Pihak pemaju pusat data di Taman Nusabayu, di sini bersetuju menyalurkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah RM20,000 kepada setiap persatuan penduduk terlibat.

Pandak menegaskan bahawa semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk Kebenaran Merancang (KM), wajib dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad berkata perkara itu diputuskan pada sesi taklimat umum kedua melibatkan penduduk taman berkenaan, hari ini.

 

Beliau turut menegaskan bahawa semua syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Kebenaran Merancang (KM), wajib dipatuhi sepenuhnya oleh pemaju.

“PBT tidak akan teragak-agak untuk menghentikan kerja pembinaan sekiranya pihak pemaju gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut di Pusat Komuniti Taman Nusabayu, di sini hari ini.

Sesi taklimat umum kedua projek pusat data Taman Nusabayu beri ruang kepada penduduk menyuarakan pandangan dan kebimbangan mengenai projek tersebut.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Hasrin Kamal Hashim.

Pandak turut memaklumkan beberapa langkah mitigasi turut dipersetujui bagi menangani kesan kepada penduduk setempat, termasuk penyediaan kemudahan pusat mencuci kereta bagi mengurangkan beban kos akibat habuk pembinaan.

“Pembinaan jalan pintasan baharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas juga dijangka siap dalam tempoh dua bulan,” katanya.

-RI

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda