Skip to main content
Berita TempatanSarawak

504 Projek Pembangunan GKCDA Kuching Siap Menjelang 2029

By 7 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip/Indah Putra/Denis Etem (Lundu)

LUNDU, 7 April (MalaysiaAktif) – Sebanyak 504 projek pembangunan di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Wilayah (GKCDA) bernilai RM1.5 bilion di kawasan Kuching dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2029.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Abdul Rahman Junaidi berkata sebanyak 180 projek telah diluluskan bagi kawasan Opar dengan nilai sekitar RM150 juta.

Beliau menjelaskan kawasan Tanjung Datu pula melibatkan pelaksanaan 38 projek pembangunan yang bernilai RM154.8 juta.

Abdul Rahman (tiga kiri) meninjau projek Menaiktaraf Town Square Lundu di sini, semalam.

“Kesemua projek berkenaan perlu dilaksanakan mengikut jadual dengan pemantauan rapi bagi memastikan ia dapat disiapkan menjelang tahun 2029,” katanya berucap dalam lawatan kerja meninjau beberapa projek infrastruktur di kawasan Tanjung Datu.

Antara projek yang terlibat termasuk penambahan lampu jalan baharu di sepanjang pesisir pantai serta kerja menaik taraf Town Square Lundu.

Beliau turut meninjau pembinaan dua dewan serbaguna baharu di Kampung Sembawang dan Kampung Pasir Tengah serta jambatan baharu di Kampung Sebako 2.

Menurutnya, penyediaan infrastruktur tersebut penting dalam memperkukuh jaringan perhubungan serta memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa dari Telok Melano hingga ke Lawas.

“Projek ini dijangka memberi impak langsung kepada peningkatan sosioekonomi rakyat termasuk merancakkan aktiviti pertanian serta meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

-RJ

Tinggalkan komen anda