Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Penting Untuk Kesedaran Rakyat

By 22 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 22 April (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, di sini bermula Jumaat hingga Sabtu ini penting untuk kesedaran pengurusan tenaga dan air dalam kalangan rakyat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata sambutan itu yang bertemakan “Air Milik Semua” juga adalah pemangkin dalam menjana aktiviti pelancongan dan merancakkan ekonomi setempat.

“Ambil peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang telah kami sediakan untuk semua lapisan umur dan khidmat nasihat terus daripada kaunter-kaunter perkhidmatan agensi negeri yang sentiasa bersedia bekerjasama.

“Saya menyeru seluruh penduduk Negeri Melaka mahupun pelancong dari negeri berhampiran, ambil peluang ini untuk ambil tahu berkenaan pengurusan air,” katanya ketika ditemu bual Bernama TV, hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan sambutan itu bertepatan dengan mandat ‘Melaka Sayang Rakyat’, iaitu satu budaya kerja Kerajaan Negeri yang memfokuskan manfaat dan kebajikan rakyat secara inklusif tanpa meminggirkan mana-mana kelompok.

-RI

Tinggalkan komen anda