Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sultan Terengganu Lantik Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja

By 13 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Pejabat KDYMM Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 April (MalaysiaAktif) – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, telah berkenan melantik anakanda baginda, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja Terengganu berkuat kuasa mulai 15 April 2026, bersamaan 26 Syawal 1447 Hijrah.

Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Dato’ Haji Azmal Azaddin, dalam satu kenyataan memaklumkan perlantikan tersebut.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah berkenan melantik Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja mulai 15 April 2026.

“Pelantikan ini adalah berikutan Baginda Sultan akan beristirahat daripada semua tugas rasmi atas nasihat pegawai perubatan,” enurut kenyataan itu.

Pemasyhuran pelantikan tersebut telah berlangsung di Istana Terengganu Kuala Lumpur dalam satu istiadat rasmi semalam.

Pelantikan ini dibuat susulan keputusan baginda Sultan untuk berehat daripada semua tugas rasmi dan atur cara negeri atas nasihat pegawai perubatan.

Sehubungan itu, sambutan ulang tahun ke-64 Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang dijadualkan pada 26 April 2026 turut ditangguhkan, termasuk semua istiadat dan program berkaitan. Tarikh baharu akan diumumkan kelak.

Pengumuman ini dibuat melalui kenyataan rasmi dari Dewan Pangkuan Diraja Terengganu di Istana Syarqiyyah.

-RI

Tinggalkan komen anda