Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

RM180,480 Disalurkan Demi Kemajuan Murid SK Indahpura 2 Sejak 2022

By 17 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood (Johor)/Facebook SK Indahpura 2

KULAI, 17 April (MalaysiaAktif) – Sebanyak RM180,480 telah disalurkan bagi meningkatkan keselesaan dan kemajuan murid di Sekolah Kebangsaan Indahpura 2 antara tahun 2022 hingga kini.

Teo menyantuni salah seorang murid pameran sains.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata bagi tahun ini sahaja, peruntukan sebanyak RM20,000 telah diluluskan untuk menaik taraf dewan terbuka sekolah melibatkan sistem pembesar suara (PA) dan rangkaian setempat.

“Usaha tersebut bukan sekadar penambahbaikan kemudahan fizikal, malah bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berkualiti untuk murid,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, semalam.

Menurut beliau, kerjasama erat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa juga amat penting dalam memastikan kejayaan pembangunan pendidikan secara menyeluruh.

“Apabila semua pihak bergerak seiring, yang terhasil bukan sahaja pembangunan fizikal, tetapi juga harapan yang mampu membina masa depan generasi dengan lebih kukuh, yakin dan bermakna,” katanya.

Teo turut menegaskan bahawa agenda memperkasa pendidikan akan terus menjadi fokus utama bagi memastikan generasi muda mendapat akses pendidikan yang terbaik dan berdaya saing.

-RI

Tinggalkan komen anda