
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan/Abidin A. Ghani (Terengganu)
KUALA NERUS, 1 Apr (MalaysiaAktif) – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Daerah Kuala Nerus menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada seramai 100 pelajar daripada lima institusi pendidikan di sekitar daerah ini.

Penyerahan cek cura daripada YAPEIM kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Kamsah @ Kamal Mohamed berkata semangat berkongsi dan membantu golongan memerlukan perlu diteruskan.
“Sumbangan ini diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada pelajar dan keluarga dalam meneruskan kehidupan serta pembelajaran,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Serahan Sumbangan Aidilfitri 2026/1447H, di sini hari ini.
Program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan YAPEIM dalam memperkasa kebajikan masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan.
Walaupun diadakan selepas Aidilfitri, inisiatif itu tetap memberi manfaat dalam membantu keperluan harian pelajar serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
-RI





