Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Dalam Peringkat Akhir Teliti Pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah

By 1 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 1 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan MADANI kini dalam peringkat akhir penelitian untuk melaksanakan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai antara reaksi kerajaan susulan ketegangan konflik Asia Barat.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan berhubung perkara itu oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

“Ketua Setiausaha Negara telah memaklumkan bahawa antara perkara yang sedang diteliti dalam beberapa perkara akhir sebelum boleh diumumkan adalah pelaksanaan bagi sektor awam bukan hanya bagi Putrajaya, tapi dalam fasa yang pertama melibatkan sejumlah kawasan.

“Tan Sri Ketua Setiausaha Negara akan umumkan dan berskali dengan maklumat terperinci bagi perkhidmatan awam,” katanya pada Sidang Media Mingguan, di sini hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata sektor swasta turut digalakkan untuk melaksanakan BDR.

“Mengambil kira bahawa setelah berlakunya pandemik beberapa tahun yang lalu, ada sejumlah syarikat yang memang telah melaksanakan, masih terus melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah ataupun work from home,” katanya.

Pada 13 Mac lalu Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meminta Shamsul Azri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz meneliti cadangan pelaksanaan BDR bagi sektor awam.

-FN

Tinggalkan komen anda