Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

60,000 Pelajar Disasar Terima Manfaat Program Khas Pelesenan Pemandu MyB2S – Loke

By 11 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)/BERNAMA

JOHOR BAHRU, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan 60,000 pelajar memperoleh manfaat daripada program khas MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026, membabitkan peruntukan kira-kira RM18.5 juta.

Di Johor sahaja sebanyak 8,200 pelajar, termasuk 1,500 pelajar dari Johor Jaya telah dikenal pasti untuk mendapat manfaat MyB2S dengan peruntukan RM2.46 juta

Menterinya Anthony Loke, berkata program pelesenan pemandu melibatkan pelajar sekolah itu merupakan inisiatif stategik JPJ dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkukuh budaya keselamatan jalan raya dan meningkatkan pematuhan undang-undang.

“Program ini dilaksanakan susulan keprihatinan kerajaan terhadap isu penunggang motosikal dalam kalangan pelajar yang masih tidak memiliki lesen memandu sah, khususnya di kawasan luar bandar.

“Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan akses pelesenan yang sah di samping meningkatkan tahap kompetensi, kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan generasi muda,” katanya ketika berucap melancarkan program MyB2S peringkat kebangsaan di Austin International Convention Centre (AICC), di sini hari ini.

Loke berkata di Johor sahaja sebanyak 8,200 pelajar, termasuk 1,500 pelajar dari Johor Jaya telah dikenal pasti untuk mendapat manfaat MyB2S dengan peruntukan RM2.46 juta.

Beliau turut menasihati pelajar yang terpilih agar hadir dalam setiap sesi program pembelajaran, daripada bahagian satu hingga tamat bahagian tiga, sebelum menduduki ujian bagi memastikan proses pelesenan dapat dilengkapkan.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

-AA-

Tinggalkan komen anda