Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pecah Masuk Premis: Polis Tahan Lelaki Tempatan, Selesai Lima Kes

By 11 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran/Noorliana Mohd Ali (Tangkak)

TANGKAK, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Polis berjaya menyelesaikan lima kes pecah masuk premis susulan penahanan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu, 6 Mei lepas.

Antara barangan yang dirampas daripada suspek ketika penahanan

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata suspek berusia 21 tahun ditahan kira-kira 4.35 petang di pondok perhentian bas Jalan Sagil, di sini.

“Kes yang diselesaikan ialah kes pecah kedai di Tangkak, kes pecah rumah di Sagil serta tiga kes pecah sekolah di Bukit Gambir, Grisek dan Sungai Mati,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang kini direman sehingga Rabu (13 Mei) bagi membantu siasatan Seksyen 453 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan turut mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk satu kes berkaitan dadah.

Dari kiri, DSP Jamellulkamal Abdul Halim; Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Roslan Mohd Talib; Ketua Polis Daerah Tangkak dan Insp Muhammad Azizi Shamsuddin

Polis katanya turut merampas wang tunai RM1,200, telefon bimbit, dua beg galas komputer riba, pakaian, selipar dan beg pinggang milik suspek yang dipercayai bergerak secara solo.

-FN-

Tinggalkan komen anda