
Laporan/Foto: Norhafiezah Abd Aziz/Stephen Jipolin Jouti/Abang Taufik Abang Razali (Penampang)
PENAMPANG, 17 Mei (MalaysiaAktif)– Pramugari AirBorneo, Gadrette Gregory, 22, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat Daerah Penampang 2026.
Berasal dari Kampung Babagon, Gadrette menewaskan 11 peserta dan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, mahkota, piala serta beg kraftangan tradisi UNK Penampang.
Ketika ditemui, beliau berkata kemenangan tersebut memberi makna besar dan menjadi platform untuknya mempromosikan keunikan budaya serta daerah Penampang kepada masyarakat luar.
Sementara itu, tempat kedua disandang Rachel Barbara Gadior yang menerima RM5,000, piala dan beg kraftangan, manakala tempat ketiga dimenangi Arabella Grace Leonard Hollip dengan hadiah RM4,000, piala dan beg kraftangan.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.
-RJ-





