Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tujuh Ekor Lembu Korban Untuk Tellian

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun/Ambrose Wenanddo (Mukah)

MUKAH, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Kawasan Tellian menerima sumbangan tujuh ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata sumbangan pejabatnya itu disasar untuk menyemarakkan penghayatan ibadah korban dalam kalangan umat Islam.

“Program seperti ini diharap dapat terus menyemai semangat bantu-membantu dan memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama,” katanya ketika ditemui di sini,  hari ini.

Beliau berkata program sumbangan itu telah dilaksanakan sejak empat tahun lepas bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh pihak pengurusan masjid serta surau.

Ibadah korban menurutnya membawa makna pengorbanan dan keikhlasan selain menjadi platform berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu pihak masjid dan surau melaksanakan ibadah korban dengan lebih lancar menjelang Aidiladha.

“Ibadah diperkasa, kebajikan dipelihara dan masyarakat terus diperkukuh demi keharmonian Sarawak,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda