Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

HBP Daerah Kerian Perkukuh Hubungan Kerajaan, Rakyat

By 5 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)

KERIAN, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) siri ketiga tahun 2026 di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, di sini semalam mendapat sambutan menggalakkan masyarakat setempat.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad turut meluangkan masa mendengar sendiri maklum balas serta permasalahan rakyat.

“Pada siri kali ini, 77 kaunter perkhidmatan pelanggan dibuka melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri, termasuk lima kaunter bergerak bagi memperluas capaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya Saarani.

Beliau turut merasmikan Program Pasar Sejahtera Rakyat Perak yang merupakan inisiatif payung subsidi kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari, berkata program seumpama ini merupakan platform penting bagi memastikan setiap isu rakyat dapat didengar serta ditangani secara efektif dan segera.

“Melalui program ini, kita bukan sahaja menyelesaikan masalah rakyat, malah dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda