Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jualan Rahmah Terus Jadi Pilihan Rakyat Berjimat

By 22 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Halimah Abd Ghani (Seberang Perai Selatan)

JAWI, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah terus memberi impak positif kepada masyarakat setempat apabila membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah, sekali gus meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Program yang berlangsung berhampiran Kompleks Pejabat Kerajaan Jawi, semalam menerima kehadiran orang ramai seawal pagi bagi mendapatkan pelbagai barangan asas seperti minyak masak, beras, gula, telur, susu serta keperluan harian lain yang ditawarkan pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Jualan Rahman merupakan antara inisiatif kerajaan ynlang berkesan dalam membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

Menurut Aniza Abdullah, 43, inisiatif tersebut banyak membantu rakyat berbelanja dengan lebih jimat.

“Sekarang makin mudah nak dapatkan barangan harian dengan harga murah kerana Jualan Rahmah semakin kerap diadakan, tak perlu lagi berkunjung ke pasaraya untuk beli barang keperluan”, katanya.

Sementara itu, peniaga Jualan Rahmah, Nor Atikah Ishak, 32, berkata program berkenaan sentiasa menerima sambutan menggalakkan kerana bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga berpatutan, malah turut memberi manfaat kepada peniaga tempatan dalam meningkatkan jualan serta memperluaskan jaringan pelanggan.

“Saya berharap agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah membuka peluang kepada peniaga tempatan untuk terus berkembang dan menjana pendapatan”, katanya.

Selain memberi penjimatan, penganjuran Jualan Rahmah yang semakin kerap turut memudahkan penduduk mendapatkan bekalan keperluan tanpa perlu pergi jauh.

-RI

Tinggalkan komen anda