Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kanowit Cultural Festival 1.0 Meriah, Perkukuh Warisan, Perpaduan Komuniti

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rinta Engkamat/Nicholas Jenaka (Kanowit)

KANOWIT, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Kanowit Cultural Festival (KCF) 1.0 Tahun 2026 tamat dalam suasana meriah dengan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata festival tersebut perlu diteruskan sebagai acara tahunan Daerah Kanowit dengan pengisian lebih menarik demi manfaat masyarakat.

“Festival kebudayaan seperti ini penting untuk memelihara warisan, memperkukuh perpaduan dan mempromosikan identiti komuniti setempat kepada generasi muda serta pengunjung luar,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kanowit Cerisologo Sabut memberitahu, KCF 1.0 2026 yang berlangsung sepanjang Mei menampilkan pelbagai aktiviti mengetengahkan keunikan budaya dan tradisi masyarakat setempat.

Menurut Cerisologo, festival tersebut menjadi platform mempromosikan budaya tempatan selain berperanan mengeratkan perpaduan masyarakat dan menyumbang kepada sektor pelancongan daerah.

“Program seperti KCF memberi ruang kepada masyarakat mengenali serta menghargai warisan budaya pelbagai kaum di samping memperkukuh hubungan silaturahim dalam komuniti,” katanya.

Antara pengisian festival termasuk perarakan niti daun, pertandingan masakan tradisional, ngajat dan betaboh, bepantun dan beramban, pertandingan karaoke serta jualan makanan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda