Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Melon Berpotensi Jadi Sumber Ekonomi Baharu Selangor

By 14 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Syafik Sidek (Kuala Langat)

KUALA LANGAT, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Selangor komited memperkasakan sektor agromakanan dengan meletakkan perusahaan melon sebagai salah satu sumber ekonomi baharu yang berpotensi tinggi untuk dikembangkan secara komersial.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Dato’ Ir Izham Hashim berkata penggunaan teknologi moden seperti kaedah fertigasi di bawah struktur pelindung hujan terbukti mampu meningkatkan kualiti serta memastikan pengeluaran hasil yang lebih konsisten.

“Kerajaan negeri mahu melihat perusahaan melon ini terus berkembang dan menjadi antara produk agro utama, khususnya di daerah Kuala Langat dan Selangor secara keseluruhan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke sebuah ladang perusahaan melon di Kampung Endah, di sini semalam.

Sementara itu, Izham turut menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menceburi bidang tanaman melon komersial memandangkan permintaan pasaran terhadap buah-buahan tempatan berkualiti kini semakin meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong pengusaha tempatan yang berhasrat memperluaskan skala pengeluaran mereka selaras matlamat Selangor bagi menjamin sekuriti makanan serta meningkatkan pendapatan usahawan tani melalui inovasi pertanian moden.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda