Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

YAPIEM Laksana 374 Projek Bina Baharu dan Baik Pulih Kediaman

By 3 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Zulkifli Othman/Nik Awang Yaacob (Terengganu)

BESUT, 3 Mei (Malaysia Aktif) – Program Sinar Lestari YAPIEM telah memperuntukan sebanyak RM17.02 juta melibatkan 374 projek yang merangkumi bina baharu dan baik pulih kediaman di seluruh negara sejak ia dilancarkan sehingga Mac lepas.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata program itu bukan sahaja menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan selesa, malah turut menekankan pembangunan rohani serta sokongan pendidikan kepada keluarga penerima.

“Program ini telah bermula sejak 2020, bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan sasar secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal dan spiritual,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sinar Lestari di Kampung Gong Tok Tor Dalam, di sini hari ini.

Program berkenaan menyaksikan penyerahan sebuah kediaman baharu kepada penerima Manfaat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) iaitu Mohd Kamal Yaakod di kampung berkenaan.

Mohd Kamal, 44, berkata bantuan itu membawa makna besar apabila beliau kini dapat menyediakan kehidupan lebih sempurna untuk keluarganya.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur. Terima kasih kepada YAPEIM, Yayasan Diraja Sultan Mizan dan semua penyumbang yang merealisasikan impian kami,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Abdul Khudus Mohd Naim serta Ahli Lembaga Yayasan Diraja Sultan Mizan, Mohd Fadli Yusof.

-AA-

Tinggalkan komen anda