Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Produk Batik Pahang Sejati Lonjak Ekonomi Wanita Kampung Paya Pasir

By 6 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Afiq Fathullah (Maran)

MARAN, 6 Mei (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang dilaksanakan di Kampung Paya Pasir di sini terbukti memberikan impak positif dalam memperkasakan ekonomi penduduk, khususnya golongan wanita.

Inisiatif di bawah kerangka MADANI itu memberi fokus kepada pemerkasaan ekonomi setempat melalui penghasilan produk batik yang mengetengahkan motif Pahang Sejati.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Pasir, Mohd Isha Ibrahim berkata projek berkenaan telah membuka peluang baharu kepada golongan suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga.

“Kami juga sering mendapat undangan bagi menyertai pameran serta jualan di karnival-karnival yang diadakan sama ada di peringkat negeri Pahang mahupun di luar negeri,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Bagi memastikan kelestarian projek, program Batik Pahang Sejati turut menyediakan ekosistem sokongan yang komprehensif merangkumi latihan kemahiran dan bimbingan berterusan.

Selain itu, aspek pemasaran turut diberi penekanan bagi memastikan produk warisan itu mampu bersaing di pasaran yang lebih terbuka dan meluas, serta menarik minat penduduk setempat khususnya.

Pelaksanaan SejaTi MADANI di kampung ini menjadi contoh nyata keberkesanan inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan sosioekonomi masyarakat luar bandar secara inklusif dan mampan.

-AA-

Tinggalkan komen anda