Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanKedah

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Memperkukuh Hubungan Agensi Kerajaan dan Komuniti

By 16 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Khidmat Masyarakat Datuk Seri Saifuddin Nasution di Taman Sejahtera, Lunas, di sini semalam menjadi platform memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti.

Penganjuran program tersebut mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh nilai perpaduan dan semangat kemasyarakatan selain menghargai kecemerlangan pendidikan demi melahirkan komuniti yang lebih harmoni dan progresif.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang hadir pada program tersebut, berkata nilai murni bermaksud mengambil berat, tolong menolong, bekerjasama, berkasih sayang serta menyelesaikan masalah orang.

“Selain itu, penerapan nilai murni ini diterjemahkan dengan membawa agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri turun padang bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat dan masyarakat setempat.

“Dan ianya bukan hanya di Kedah namun ianya dilaksanakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pada majlis tersebut seramai 147 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diraikan sebagai penghargaan terhadap pencapaian akademik mereka sekali gus memberi motivasi kepada generasi muda untuk terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Sebanyak 50 ekor lembu korban turut diagihkan kepada agensi dan komuniti sekitar Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu sempena sambutan Aidiladha yang bakal tiba.

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Rahani Jusoh, 62, berkata program seumpama itu mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan.

“Program sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan lagi kerjasama agensi dan masyarakat setempat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman.

-RI

Tinggalkan komen anda